My Banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Share My Banner @ Your Blog!

Program Baru Di Malaysia (Jun 2010)

Daftar Sekarang..Jangan Biarkan Orang Lain Mendahului Anda.. Create your own banner at mybannermaker.com! Member Get Member Create your own banner at mybannermaker.com!

HALAL GUIDE FOR MUSLIM

Create your own banner at mybannermaker.com!

Jamu Ratu Dara - Inovasi Wanita Hari Ini

Jamu Ratu Dara - Inovasi Wanita Hari Ini
Sila Scroll Ke Bawah Untuk Info Selanjutnya

Mukadimah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

IKHTIAR BERUBAT ADALAH SUNNAH

Petikan dari Buku 'Bestseller' Dr. Danial: Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden. Buku Ini Menjadi Finalis Anugerah Media Islam Nasional 2006 :

Walaupun kesemua perkara ditentukan oleh Allah, berikhtiar dengan pelbagai cara untuk merawat penyakit amat digalakkan oleh agama. Ia tidak bercanggah dengan konsep tawakal.Seorang sahabat pernah bertanya kepada Nabi Muhammad: “Adakah aku tambat binatang dan aku bertawakal ataupun aku lepaskannya dan aku bertawakal?” Jawab Rasulullah: “Tambat dan bertawakal.” (Riwayat Tirmizi)Justeru, seseorang yang menghidap sesuatu penyakit digalakkan untuk mencari ubatnya dan tidak hanya berserah kepada nasib dan takdir. Mengikut sebuah riwayat dari Usamah ibn Syuraik, beliau berkata: “Aku berada di sisi Rasulullah, tiba-tiba datanglah beberapa orang Arab Badwi dan mereka berkata: ‘Ya Rasulullah adakah kami diizinkan berubat?’ Rasulullah bersabda: ‘Wahai hamba-hamba Allah, berubatlah kerana sesungguhnya Allah tidak meletakkan sesuatu penyakit melainkan Allah meletakkan ubat untuknya kecuali satu sahaja!’ Mereka bertanya: ‘Apakah itu ya Rasulullah?’ Nabi Muhammad bersabda: ‘Penyakit tua’.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, An-Nasai dan Tirmizi.Rasulullah juga turut berikhtiar sebagai contoh dengan berbekam, sedangkan Baginda merupakan manusia yang paling bertawakal kepada Allah. Selepas seseorang berikhtiar, hendaklah dia bertawakal dan berserah kepada Allah kerana Dialah sebenarnya yang menyembuhkan segala penyakit.

Tuesday, December 18, 2007

Apa Itu Goji?

APAKAH ITU GOJI?
BUAH LYCIUM (GOJI)

Oleh Subhuti Dharmananda, Ph.D., Director, Institute for Traditional Medicine, Portland , Oregon

Buah Lycium (Goji) merupakan herba yang berasal daripada Lycium chinense dan Lycium barbarum, tumbuhan yang biasa di dapati di Asia Timur. Kulit akar tumbuhan-tumbuhan tersebut juga digunakan untuk perubatan di seluruh Asia Timur. Lycium merupakan famili Solanacea yang memberikan kita buah-buahan seperti lada, terung, ubi kentang,tomato dan lain-lain lagi. Buah ini dikenali oleh masyarakat Cina sebagai Goji, dan telahpun digunakan sejak zaman purba lagi, direkodkan seawal keujudan Chinese material medica dalam lingkungan 100A.D.

FAKTA PEMAKANAN BUAH GOJI NINGXIA

Goji Ningxia mengandungi:

a)19 amino asid termasuk 8 yang diperlukan untuk hidup

b) 21 unsur mineral termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang jarang-jarang ditemui dalam makanan

c) 16% protein (6 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan bee pollen)

d) Spektrum yang lengkap dengan antioksida Karotenoid , termasuk Beta-Karoten ( sumber yang lebih baik meskipun karot)

e) Zeaxanthin dan Lutein melindungi mata dan membaiki penglihatan. Buah Goji paling kaya dengan sumber karotenoid berbanding dengan semua jenis makanan yang ada

f) Vitamin C (500 kali ganda berbanding buah oren)

g) Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga

h) Vitamin E , jarang-jarang ditemui dalam buah dan selalunya hanya ditemui dalam bijian dan benih

i) Beta-Sitosterol, dikenali sebagai agen anti-radang. Beta-Sitosterol juga merendahkan kolestrol dan digunakan untuk merawat masalah seksual mati pucuk dan masalah zakar yang membesar.

j) Essential Fatty Acids, diperlukan oleh tubuh untuk mengeluarkan hormon-hormon, dan melicinkan fungsi otak dan sistem saraf

k) Cyperone, memberi faedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, melegakan ketidakselesaan ketika haid dan digunakan dalam rawatan kanser servik.

l) Solavetivone , sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang kuat

m) Physalin, sebatian semulajadi yang aktif terhadap semua jenis leukemia, juga digunakan dalam rawatan Hepatitis B di samping meningkatkan sistem imunisasi.

n) Betaine, digunakan oleh hati untuk mengeluarkan choline, sebatian yang mententeramkan ketakutan, meningkatkan memori, meningkatkan pertumbuhan otot dan melindungi penyakit hati berlemak (fatty liver). Betaine juga menyediakan kumpulan methyl dalam tindak balas tenaga dan boleh membantu mengurangkan paras homocysteine, iaitu faktor risiko utama dalam penyakit jantung. Ianya juga melindungi DNA.

o) Polysaccharides: LBP (Lycium Barbarum Polysaccharides) terbukti sebagai glykokonjugat, bermaksud merupakan sumber sel gula yang perlu ( essential cell sugars) yang luar biasa (Mannose, Xylose, Rhamnose, Glucose, Arabinose dan Galactose) yang perlu untuk fungsi imunisasi yang sempurna dan komunikasi intersellular. Hakikatnya, GOJI mungkin merupakan sumber glykonutrien yang terkaya pernah ditemui!


KEGUNAAN TRADISIONAL DAN MODEN

Secara tradisionalnya, buah lycium digambarkan sebagai mempunyai khasiat untuk menyuburkan darah,buah pinggang dan hati, memperkayakan yin dan melembabkan paru-paru. Ianya digunakan untuk merawat penyakit seperti batuk kering di samping dahaga ( termasuklah di peringkat awal diabetes dan tuberkulosi), pening, penglihatan yang kabur, ketajaman penglihatan yang berkurang dan batuk yang kronik. Beberapa ujikaji klinikal moden bagi rawatan kekurangan tulang sum-sum (penghasilan sel-sel darah merah, platelet atau sel-sel darah putih yang rendah) melibatkan buah lycium dalam preskripsi yang komplek untuk mengurangkan masalah penyakit..

Apabila merebus ( menyediakan teh dengan mendidihkan herba dalam air), dos 6-18gm buah lycium digunakan untuk sehari, selalunya dicampurkan dengan herba-herba yang lain, untuk masa 1 hingga 3 bulan sebagai terapi kursus tipikal (lycium juga digunakan dalam formula anti-penuaan, dimakan sejak bertahun-tahun). Dalam perubatan gastritis atropik ( penghadaman yang lemah disebabkan oleh pengurangan aktiviti sel-sel perut), pesakit-pesakit diberi makan buah lycium sebanyak 10gm setiap kali, dua kali sehari sebelum hidangan ( untuk tempoh 2 bulan). Dalam rawatan diabetes, buah lycium yang distim, dimakan dalam dos 10gm setiap kali, 3 kali sehari ( stim melembutkan buah). Dengan itu, dos di antara 10-30gm setiap hari merupakan aplikasi perubatan tipikal di China .


KONSTITUEN DAN PHARMAKOLOGI

Buah lycium mengandungi beta-karoten, Vitamin C, Vitamin B1, dan B2, beta-sitosterol ( agen anti-radang) linoleic asid ( asid lemak), immunologikal polisakarida yang aktif (5-8%), sesquiterpenoids (cyperone, solavetivone), tetraterpenoids (zeaxanthin, physalin) dan betaine (0.1%).

Penyelidikan pharmakologikal Cina, yang dikendalikan empat puluh tahun yang lalu, mendedahkan ekstrak buah lycium yang diberikan kepada tikus boleh meningkatkan imuniti tidak-spesifik, menggalakkan pengeluaran sel-sel darah merah, meningkatkan pengeluaran interleukin-2 (IL-2), dan mencegah kekurangan sel-sel darah putih akibat memakan ubat kanser. Komponen aktif yang utama ialah polisakarida, betaine dan physalin.

Dalam mengimbas kembali penyelidikan ke atas lycium yang disiarkan dalam Recent Advances in Chinese Herbal Drugs, Dr Zhou Jinhuang menyatakan polisakarida daripada buah lycium, seperti juga daripada astragalus dan ganoderma, dapat meningkatkan sel-pengantara dan tindakbalas humoral imun. Dengan hanya dos 5-10mg/kg setiap hari selama seminggu, polisakarida buah lycium boleh meningkatkan aktiviti sel-sel T, sel-sel citotoxik T dan sel-sel pembunuh semulajadi dalam haiwan-haiwan ujian makmal. Jumlah polisakarida dalam buah lycium daripada jenis lembut yang boleh dimakan mungkin tidak melebihi 5%, dengan itu jumlah ini sepadan dengan dos manusia lebih kurang 7-14gm bagi sebiji buah. Dalam kajian lycium yang dilaporkan dalam jurnal Beijing Medical University (1992), ianya dinyatakan bahawa buah lycium mengurangkan antibodi-antibodi yang berkaitan dengan tindakbalas jenis-alergi, yang dianggapkan tercapai menerusi mekanisma meningkatkan sel-sel CD8 T dan mengawal cytokines. Barangkali hasil daripada aktiviti ini, buah lycium telah dilaporkan berguna untuk rawatan psoriasis.

Beberapa tumbuhan polisakarida telah menunjukkan peningkatan pengeluaran IL-2; kesan peningkatan polisakarida lycium ke atas aktiviti IL-2 telah dilaporkan oleh Institut Pharmakologi dan Toxicologi Beijing (1989). Di Amerika Syarikat, IL-2, telah dikaji sebagai faktor meningkatkan imunisasi sejak tahun1983, berguna untuk kanser dan beberapa jangkitan HIV.

Betaine, apabila dicampurkan kepada makanan ayam, meningkatkan pembesaran haiwan dan pengeluaran telur, dan sekarang ini digunakan di ladang ternakan ayam dan itik disebab oleh kesan-kesan tersebut. Buah lycium yang diberi kepada tikus telah merendahkan kolestrol darah dan gula darah mereka; diberi kepda arnab, ianya menghalang pembentukan artherosklerosis. Betaine juga menunjukkan perlindungan kepada hati-hati haiwan-haiwan ujian makmal daripada kesan toksin kimia; lain-lain kajian pharmakologik telah menunjukkan ia adalah antikonvulsi (anti-kejang), sedatif dan vasodilator.

Dalam tahun 1974, dilaporkan Betaine boleh merawat pelbagai penyakit hati yang kronik; buah lycium sering kali diberikan bersama dengan satu lagi buah herba Cina, schizandra, untuk tujuan tersebut. Tahun-tahun kebelakangan ini, betaine telah dimasukkan dalam beberapa produk nutritional tambahan Barat, terutamanya kepada mereka yang ingin membina otot. Betaine sejenis alkaloid, kadang kala dikelaskan sebagai amino asid, yang juga ditemui dalam capsicum, silibum (sumber daripada silimarin flavonoid pelindung-hati) dan beets ( Beta vulgaris, di mana betaine mendapat namanya) Betaine digunakan oleh hati untuk menghasilkan choline, satu sebatian untuk menenangkan ketakutan, meningkatkan memori dan melindungi penyakit hati berlemak. Dalam tumbuhan bit, iaitu sumber komersil daripada sebatian terasing, kandungan betainenya adalah pada paras 0.3 - 0.7%.

Satu lagi tumbuhan dalam famili Solanaceae, iaitu Physalis angulata, mengandungi physalin ( salah satu daripada bahan lycium) sebagai komponen aktif yang utama. Herba tersebut digunakan sebagai rawatan untuk Hepatitis B. Ekstrak physalin telah menunjukkan peningkatan aktiviti sel pembunuh semulajadi di organ limpa tikus yang bersaiz normal atau berpenyakit kanser, menunjukkan ianya mempunyai kesan anti-kanser berbagai jenis.

Buah lycium telah diberi untuk merawat masalah mati pucuk. Telah dilaporkan pemgambilan terus buah lycium dan pengambilan dalam bentuk ekstrak, menunjukkan peningkatan nyata paras androgen dalam darah, menjadikan pesakit-pesakit berasa lebih bertenaga. Rupa-rupanya sitosterol atau terpenoids yang bertanggungjawab untuk kesan ini. Dos harian buah lycium yang diperlukan untuk memperolehi kesan lebih kurang 10gm/sehari.

Seperti juga memakan buah-buah yang lain, lycium tidak bertoksik. Kajian toksik menunjukkan suntikan 2.4gm/kg ekstrak buah lycium tidak menyebabkan tindak balas berbalik, tetapi dos sebanyak 25g/kg, tindak balas toksiknya cepat. LD50 telah ditentukan pada dos lebih kurang 8.3gm/kg ( kira-kira 1 paun buah kering, diekstrak dan disuntik untuk seorang)


LYCIUM SEBAGAI SUMBER PENINGKAT-IMUN POLISAKARIDA

Dalam mengimbas kembali peningkat-imun polisakarida (ITM, 1993), dicadangkan dos harian polisakarida aktif lebih kurang 3.5gm sehari sudah memadai sebagai dos minima untuk mencapai kesan yang cukup baik dalam menghalang kanser atau infeksi viral kronik. Paras dos yang sama, iaitu 3.0gm/sehari, telah ditentukan baru-baru ini di Institut Kanser Sloan-Kettering (komunikasi peribadi). Untuk memperolehi jumlah ini dengan semata-mata memakan buah lycium ( dianggarkan 5% polisakarida) mungkin sukar: dos harian sepatutnya 60-70 gram. Walau bagaimana pun, sekiranya buah lycium dimakan bersama-sama dengan polisakarida tambahan yang lain, ianya cukup untuk menyumbang kepada jumlah dos harian yang diingini. Rasa buah lycium yang sedap dan boleh dimakan terus - dimasak bersama makanan, juga dalam arak berherba, dan dalam bentuk tablet- menjadikan ia sumber yang ideal. Ianya juga tidak mahal. Dos 30-35g buah mentah sehari kosnya hanya 1 US dollar. Pengalaman lebih daripada 300 pesakit di Immune Enhancement Project di Portland yang mengamalkan buah lycium menunjukkan tindak balas berbalik tidak terjadi dengan dos yang dicadangkan di atas, mengesahkan laporan dari China.


PENEMUAN OLEH DR.GARY YOUNG
Penasihat Kesihatan Istimewa Mengenai Imuniti dan Penuaan Penemuan Terkini Goji
Oleh D. Gary Young - 15 Mei 1998

MENGAPAKAH MEREKA YANG TINGGAL DI BARAT PENDALAMAN MONGOLIA PUNYA HAYAT HIDUP MELEBIHI 100 TAHUN?

Kisah bermula lima tahun yang lalu apabila Profesor Chao mengunjungi saya di pejabat kami di Riverton. Beliau ketika itu bekerja di Universiti Science Natural Beijing China dan dihantar menjalankan tugasan mengumpul maklumat dan memberi pengajaran khas. Beliau telah mengetahui tentang essential oils dan amat tertarik dengan potensinya. Apabila kami mula berbincang tentang khasiat perubatan essential oils, beliau telah memaklumkan kepada saya satu lagi botanikal yang amat berkuasa telah digunakan berabad-abad lamanya di pendalaman Mongolia tetapi baru kini dibuat penyelidikan. Ianya dipanggil buah Goji ( nama Latin, Lycium barbarum, atau bahasa percakapan Cina "goji "). Mereka yang mengamalkan buah Goji ini jelas hidup bebas daripada penyakit seperti arthritis, kanser dan kencing manis. Tambahan lagi, hayat hidup mereka melebihi 100 tahun.

Di China, Goji dan Ginseng telah dikenali berabad lamanya sebagai tumbuhan yang mempunyai nutrisi dan kesan terapeutik yang amat penting. Hakikatnya, masyarakat Cina mempunyai kepercayaan yang kuat bahawa hayat manusia boleh dilanjutkan dengan mengamalkan herba-herba ini. Malangnya, ginseng dianggap terlalu kuat untuk diguna secara berterusan, dan dalam kuantiti yang banyak mungkin tidak sesuai untuk mereka yang berpenyakit darah tinggi atau jantung. Sebaliknya, Goji lebih lembut, tanpa risiko sekiranya diamal berterusan.


MENGANDUNGI 500 KALI GANDA LEBIH VITAMIN C BERBANDING BUAH OREN

Dalam tahun 1988, Institiut Penyelidikan Nutrisi Beijing mengendalikan kajian terperinci analisis kimia dan komposisi nutrisional buah Goji kering. Apa yang mereka temui menakjubkan. Buah Goji mengandungi lebih 18 amino asid ( 6 kali ganda lebih tinggi kadarnya berbanding bee pollen), 21 unsur mineral, lebih beta karoten berbanding karot dan menghairankan 500 kali ganda lebih Vitamin C berbanding buah oren - mengikut berat) Ianya juga kaya dengan Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B6 dan Vitamin E.

Mungkin sebab inilah masyarakat Cina mengatakan secara tradisional faedah-faedah Goji, mendakwa Goji melindungi fungsi hati, menggantikan tenaga penting, penglihatan yang lebih baik, mengurangkan tekanan darah dan kolestrol. Goji juga dikatakan dapat menguatkan otot dan tulang, merangsang jantung dan membantu merawat diabetes dan mati pucuk. Soalannya : Bolehkah tuntutan-tuntutan ini disahkan dalam kawalan kajian dengan menggunakan analisis kimia moden?


BOLEHKAH GOJI MERANGSANG FUNGSI IMUNISASI?

Menurut laporan Suruhanjaya Teknologi Saintifik Negara China , Goji mengandungi sebatian yang dikenali sebagai lycium polisakarida, yang ternyata sangat berkesan dalam meningkatkan imunisasi. Keputusan-keputusan ini disahkan dalam beberapa ujian klinikal.

Dalam satu kajian ke atas sekumpulan pesakit kanser, Goji telah mencetuskan peningkatan dalam kedua-dua iaitu kadar transformasi limfosit dan juga bilangan sel darah putih (sukatan fungsi imunisasi). Dalam kajian yang lain melibatkan sekumpulan mereka yang bilangan sel darah putih di bawah had, Goji meningkatkan fagocitosis dan titre antibodi serum (satu lagi index fungsi imunisasi). Aras titre antibodi serum yang tidak sihat telah lama dikaitkan dengan Sindrom Keletihan yang Kronik (dikenali juga sebagai Epstein-Barr). Adakah ini bermakna yang Goji boleh digunakan sebagai senjata terhadap Epstein-Barr? Kemungkinannya benar-benar menarik minat.

Dalam kajian yang lain, pengambilan Goji memberi petunjuk kepada menguatkan aras immunoglobin A (index fungsi imunisasi) sebab penurunan immunoglobin A merupakan satu petanda penuaan, peningkatan aras ini menunjukkan Goji mungkin membolehkan DNA yang rosak dibaik pulih dengan sendirinya dan mencegah kemerosotan tisu.


ADAKAH GOJI MERUPAKAN ANTIOKSIDA YANG KUAT?

Apabila kita meningkat tua, paras lipid peroksida dalam darah kita meningkat, manakala paras-paras pelindung-kesihatan antioksida, seperti superoxide dismutase (SOD) menurun. Dalam kajian klinikal mereka yang mengamalkan Goji, SOD dalam darah meningkat sebanyak 48% manakala hemoglobin meningkat sebanyak 12%. Baiknya, aras lipid peroksida menurun sebanyak 65%.


ADAKAH GOJI MELINDUNGI MATA?

Satu ujian kesan Goji ke atas penglihatan telah dikendalikan. Dua puluh orang telah diuji dan menunjukkan pembaikan yang dramatik dalam kedua-dua penyesuaian gelab dan kandungan Vitamin A dan karotene serum mereka. (sukatan akuiti penglihatan)


GARY MELIHAT PERUBAHAN DRASTIK

Enam tahun yang lalu, saya telah melonggarkan latihan regimen saya kerana kesakitan di kedua pergelangan kaki. Jadi Krismas kali ini, saya bersungguh-sungguh memulakan program kesihatan badan, merangkumi latihan sederhana 2 ke 3 kali seminggu dengan dua kali sehari hanya memakan hidangan Goji dan juga hidangan lain. Pada pertengahan bulan Mac, semasa saya sedang belajar di Turkey , saya mula dapati perubahan fizikal saya: Kulit saya nampak lebih cerah dan tahap tenaga saya juga bertambah. Setiap hari saya bekerja 16 jam di antara pembelajaran dan latihan makmal.

Apabila saya pulang ke rumah, saya dapati berat badan saya telah turun sebanyak 12 paun, turun 3 inci di bawah perut dan naik 3 inci di bahagian dada.

Dan, 2 minggu lalu semasa saya di Phoenix , saya berlari satu batu. Saya rasa badan saya panas, bertenaga dan berlari dengan tenang. Minggu lepas, di rumah saya di Utah, terletak pada altitut 5,000 kaki dari paras laut, saya berlari 2.7 batu dan tidak ada rasa letih sedikit pun - walau pun pada altitut udara yang rendah. Dua hari selepas itu, saya berlari 4.3 batu tanpa kaki berasa sakit. Saya boleh berlari lagi untuk tiga atau empat batu tetapi saya tidak mahu melakukannya. Perubahan ini amat luar biasa jika diambil kira saya tidak menjalani sebarang latihan selama 6 tahun.


BERITA BAIK UNTUK PARA ATLIT,YANG BERDIET,PESAKIT KANSER,AIDS & PESAKIT MS

Pelbagai jenis kesan-kesan fisiologikal ini telah menyegerakan saya untuk lebih mendalami ilmu kimia Goji. Apa yang saya temui menakjubkan : Goji tidak hanya mengandungi super oxide dismutase, phenyl-propanoids, factor-faktor penghalang anti-kanser dan antiseniliti, tetapi juga mengandungi rangkaian amino asid L-leucine yang tinggi. Leucine merupakan amino asid yang perlu yang tidak dibuat oleh tubuh kita, kita hanya boleh mendapatkannya daripada diet kita. Ianya ada dalam kuantiti yang kecil dalam kedua-dua makanan tumbuhan dan haiwan dan ianya merupakan komponen semulajadi susu ibu.

Tetapi Leucine bukan hanya sebagai amino asid perlu: Ia juga menyokong fungsi imunisasi, membakar lemak dan membina otot. Bagaimana? Sebab leucine membentuk sebatian yang sangat unik dipanggil HMB (Beta-hydroxy brta-methylbutyrate). Melalui aktiviti phenylpropanoid Goji membantu menukarkan leucine kepada HMB.

Apa yang membuatkan HMB begitu cemerlang dalam mengekalkan kesihatan? Merujuk kepada penyelidik terkemuka, Richard Passwater, Ph.D.,

"HMB menunjukkan yang ia merendahkan jumlah dan aras kolestrol LDL dalam darah dan membantu menguatkan sistem imunisasi di samping membina otot-otot dan membakar lemak dalam tubuh. Berita ini pastinya menarik minat para atlit angkat berat dan yang lainnya, tetapi ianya mungkin juga menarik minat pesakit-pesakit kanser, AIDS dan distrofi otot"

0 Comments:

PRODUCT ORDER FORM - PLEASE FILL UP

Subject *
Full Name *
Contact No *
E-mail Address: *
Address *
Yahoo Messenger / Skype *
Payment Info (Bank / Ref.No / Time / Date / Total) *

* RequiredCreate Contact Forms

Bengkung Moden Selepas Bersalin Pembedahan/Caeserean

Iklan Produk

1 - Rahsia KAMASUTRA Bergambar Versi Melayu 2 - Seni Melambatkan Pancutan Dalam masa 2 minit anda sudah tewas? Isteri anda kecewa dengan prestasi anda diranjang? “Serlahkan kelakian anda mulai sekarang. Buktikan pada si dia anda mampu melayaninya lebih daripada 1 jam. Isteri anda pasti akan kagum dengan perubahan prestasi seksual anda diranjang!” 3 - Rahsia GHAIRAHKAN Isteri 4 - Seks Hebat (Memberi Kepuasan Kepada Pasangan Anda) 5 - Rahsia Kamar (Rahsia Kebahagian Rumahtangga) 6 - Rahsia Senang Hamil 7 - Rahsia Mudah Hamil 8 - Kepuasan Muktamad Suami isteri 9 - Rahsia Mudah Akad Nikah 10 - Rahsia Malam Pertama 11 - Pancutkan Suami 12 - Bengkung Moden Selepas Bersalin / Pembedahan 13 - Rahsia Suami Perkasa

© Blogger Templates | Webtalks